
Selepas menggunakan khidmat Khairul Fahmi Che Mat, Zain Saidin dan Cha Cha Maembong sebagai duta produk Simplysiti sebelum ini, kini giliran pelakon kacukan Melayu-Inggeris, Siti Saleha dilantik bagi mewakili produk keluaran Datuk Siti Nurhaliza itu.
Pelakon manis itu dilantik sebagai muka baru untuk produk kecantikan SimplySiti White & Detox.
Sebelum ini wajah Saleha sinonim dengan iklan komersial bagi produk wangian, Enchanteur Paris.
Dengan wajah Pan-Asiannya itu tidak ragu lagi mampu mendatangkan sumber rezeki buat adik kepada penyanyi Sam Bunkface itu.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment