Powered by Blogger.

[ c l o s e ]

Fathia mahu ikut jejak Amber

on Wednesday, 2 October 2013


Hanya kedengaran perbualan kecil tatkala pelakon Nur Fathia Latiff atau Fathia, 25, sedang disolek dalam bilik persalinan. Namun, sebaik supermodel tidak asing lagi, Amber Chia, 32, melangkah masuk ke dalam butik milik pereka tersohor Albert King itu, suasana terus bertukar menjadi lebih ‘happening’.


Di sebelah sana, Fathia masih menanti untuk selesai disolek manakala di sudut yang lain, Amber sibuk membetulkan rambutnya yang hampir siap didandan dua pembantunya sambil Albert pula menyediakan busana koleksi terbarunya untuk dua jelitawan itu.

Jika diukur jarak pengalaman, mereka daripada generasi yang berbeza. Bagaimanapun terserlah kemesraan antara mereka baik di bilik persalinan hinggalah ke sesi fotografi petang itu.

Fathia pula pantang ada masa senggang, pantas saja terpacul pelbagai soalan kepada Amber bertanyakan perihal dunia peragaan sambil meminta diajar bagaimana memberi ‘pose’ terbaik.

Namun sebenarnya jauh di dasar hati, pelakon Diandra itu berdebar-debar kerana digandingkan dengan supermodel yang menjadi inspirasi dan dikaguminya selama ini.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© $h@hd0tc0m All Rights Reserved